BDA mengamalkan strategi-strategi berikut bagi mencapai tahap pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran:-
- Strategi Perancangan
- Menggalakkan Pembangunan Sosial
- Pembangunan Sumber manusia
- Pengurusan Korporat
Strategi Perancangan
- Untuk membangun Bintulu menjadi sebuah bandaraya yang terancang dan mesra melalui persediaan pembangunan kualiti, sosial, ekonomi dan perkhidmatan perbandaran.
|
Menggalakkan Pembangunan Sosial
- Menyediakan kemudahan dan ameniti bagi meningkatkan taraf hidup komuniti
- Menggalakkan interaksi sosial di kalangan masyarakat melalui perkhidmatan komuniti; dan menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat melalui perkhidmatan majlis perbandaran
|
Pembangunan Sumber Manusia
Dengan mengambil kira kepentingan prestasi, kemahiran, kerjaama, mobiliti, kreativiti dan taatsetia warga kerja melalui :-
- menempatkan warga kerja di dalam bidang kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan prestasi mereka;
- menggalakkan kecekapan warga kerja melalui kursus asas dan lanjutan;
- merancang dan membina pembangunan kendiri yang berkualiti;
- menguruskan pelaksanaan dasar maklumat, delegasi, pengurusan melalui objektif, saling menghormati dan semangat kerjasama
|
Pengurusan Korporat
Mencapai Pengurusan Kualiti Secara menyeluruh (TQM) melalui :-
- Penglibatan dari pihak pengurusan, kerjasama dan nilai perpaduan;
- Penglibatan penuh dan pembinaan budaya organisasi tertentu bagi membolehkan pembangunan perkhidmatan berkualiti
- Fleksibel dalam menerima perubahan persekitaran;
- Menggambarkan imej korporat yang adil dan bertanggungjawab;
- Mempertingkatkan pengurusan kewangan;
- mempelbagaikan perkhidmatan berkualiti, berkesan, mesra dan efisien
|