Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 26 03 2017
Versi 8.0.1
TEMPAT-TEMPAT MENARIK TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Kampung Jepak  
-Perkampungan Nelayan 

Picture

Menyeberangi sungai Kemena dengan "Perahu Tambang" akan membawa anda ke perkeampungan nelayan Kampung Jepak yang mempunyai penduduk yang mesra dan peramah. Anda pasti tidak akan dapat melupakan lawatan andan dengan gaya hidup tradisional Melanau Bintulu. Anda pasti akan terkenang cara-cara bagaimana sagu diproses, cara membuat ikan kering, belacan Bintulu yang terkenal, cara membuat Terendak (Terendak kaum Melanau), Tutop (Tudung Saji) yang mana masih lagi terdapat di sana. Senario tersebut sebagai pasti membawa memori anda ke zaman silam Bintulu sebagai sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan terpencil.




Tugu Dewan Undangan Negeri
-Tempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak 

Picture

Diabadikan sebuah tugu yang melambangkan tempat persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia dimana Dewan Undangan Negeri bersidang pada 8 September 1867. Di bawah pemerintahan Charles Brooke, pemerintah kedua keluarga Brooke yang merupakan pemerintah kulit putih di Sarawak telah mempengurusikan persidangan tersebut dengan 5 orang pegawai British dan 16 orang ahli kaum Melayu dan Ketua kaum Melanau. Mereka telah membuat satu era baru dengan membincangkan hal-hal pemerintahan negeri dan kebajikan penduduk. Batu asa tugu yang bersejarah ini telah diletakkan pada tahun 1967 dan telah diperindahkan lagi dengan pembinaan menara jam dan kolam pancutan air pada tahun 1987.Kawasan kelilingnya telah dihiasi dengan rapi dengan pembinaan pagar sekeliling untuk keselamatan dan kawal selia pada tahun 1998.




Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu

Picture

Terletak di pusat Bandar Bintulu, di sinilah tempat penduduk-penduduk membeli belah, ikan-ikan yang segar serta sayuran segar yang pelbagai jenis boleh didapati di sini. Di tingkat satu Pasar Utama ini disediakan gerai-gerai untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat seperti mi laksa, mi jawa, pulut panggang, mi kolok dan pelbagai jenis lagi masakan yang menyelerakan. Bagi menghilangkan dahaga, anda boleh menikmati ABC (Ais Batu Campur), cendol atau teh tarik. Bersebelahan dengan Pasar Utama ialah Pasar Tamu dengan barangan buatan tangan penduduk tempatan daripada hasil hutan dan sayuran yang segar juga boleh didapati. Kedua-dua pasar ini diunikkan denagn binaan yang menyerupai Terendak dibahagian atapnya yang pasti menjadi daya tarikan sambil membeli belah keperluan harian anda. 



Pasar Malam

Picture

Hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel-hotel penginapan dengan suasana yang hirok-pikok terletak di Jalan Kampung Dagang. Anda akan mendapat apa yang anda hajati dari lebih kurang 150 gerai yang terletak di situ dengan harga yang berpatutan seperti barangan permainan, barangan elektrik, seramik, jam tangan, makanan pelbagai jenis dan berbagai jenis lagi barangan yang pasti akan mengisi keperluan andan - alamilah susana tawar menawar di pasar malam tersebut.


 

Masjid Assyakirin
Picture

Dibina dengan keunikan dan mempunyai struktur pembinaan yang moden dengan memelihara kecantikan dan nilai-nilai Islam yang dinamakan Masjid Assyakirin yang membawa makna Kesyukuran. Dengan air terjun buatan yang telah dibina bertingkat-tingkat bersesuaian dengan kedudukannya di atas bukit dan hiasan landskapnya yangcantik pasti akan kekal dalam memori anda sekiranya singgah di Masjid ini untuk bersolat bagi yang beragama Islam.



Tokong Kuan Yin Tong
Picture

Sebuah lagi tokong bagi kaum Cina yang terletak di Jalan Sultan Iskandar yang mempunyai rekabentuk yang unik dengan ukiran-ukiran yang menakjubkan. Selain daripada itu terdapat jugasebuah taman dengan air terjun buatan yang tidak kurang dari segi keunikannya yang menjadi daya penarik kepada para pengunjung.


Pantai Tanjung Batu
Picture

Untuk menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung ke Pantai Tanjung Btau di sinilah temptanya, anda boleh membawa keluarga untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan untuk anda bertukar pakaian. Jemu memasak di rumah anda boleh membuat barbecue di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Berdekatan ialah gerai-gerai minuman dan makanan. Anda boleh menjamu dengan menikmati sate dan rojak, ais kerim dan air kelapa untuk menghilangkan dahaga selepas anda bersiar-siar dia pantai pada waktu petang.


Taman Tumbina
Picture

Mempunyai keluasan simpanan seluas 12 hektar di tepi pantai Tanjung Batu dan hanya 4 Km dari pusat bandar, anda boleh menikmti keindahan pemandangan di sini. Dengan gabungan mini zoo dan taman bunga yang terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut China Selatan dan Bandar Bintulu, pasti akan mendamaikan lagi suasana pemandangan di situ. Menjelajah ke dalam taman untuk menyaksikan gelagat haiwan dan keindahan bunga-bungaan di taman ini pasti menghilangkan suasana sibuk di bandar yang semua dijaga rapi agar pengunjung-pengunjung berasa selamat ketika berkunjung. Di sini terdapat Burung Kenyalang (Burung Kebesaran Negeri Srawak), Helang dari berbagai sepsis, Flamingoes, Orang Utan, Harimau, Buaya, Ular Sawa, Rusa dan berbagai lagi jenis binatang yang disenaraikan terkawal


Padang Golf
Picture

Bagi pengemar sukan golf, mereka boleh memnuhi cabaran golf dengan 18 lubang yang mempunyai standard antarabangsa di Bintulu. Dengan permukaan yang berbukit bukau sudah tentu hamparan padang golf ini akan memberi cabaran sebenar bagi pemain golf. Selain dari permukaan yang mencabar, pemain boleh menyaksikan permukaan Laut China Selatan dengan udara yang segar dengan menikmati makanan tempatan di Club House yang terletak di atas bukit selepas anda bermain golf.


Taman Negara Similajau
Keaslian Alam semulajadi untuk pengembara

Picture

Merupakan salah sebuah Taman Negara yang mempunyai pantai yang indah dan cantik dengan pasirnya yang keemasan. Dahulu ianya tidak dikenali sebagai tempat peranginan tetapi kini, ia telah terkenal kepada pelancong dalam dan luar negara di bandar tenaga ini. Dengan keluasan 7,000 hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti burung dan 24 jenis sepsis mamalia.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat-tempat penginapan seperti chalet dan hostel disediakan di sini. Untuk urusan tersebut, anda boleh menghubungi bahagian informasi jabatan perhutanan yang ada di sana.