Sumber Asli

BDA telah mengenalpasti empat (4) projek utama industri yang berasaskan sumber-sumber asli yang mempunyai peluang pelaburan yang amat baik di Bintulu. Ianya terdiri daripada petrokimia, pembalakan, pertanian dan pelancongan. Bagi industri-industri seperti ini, Bintulu mempelawa berbagai-bagai projek yang berasaskan sumber-sumber asli seperti:

GAS ASLI 

Sarawak dikenalpasti mempunyai simpanan gas yang dianggarkan sebanyak 50 trillion piawaian kaki padu (Tscf) dan 85% daripada simpanan ini yang kira-kira 42.3 Tscf terletak di luar pantai Bintulu. Bakinya adalah terletak di luar pantai Miri. Dari keseluruhan simpanan gas ini, 35 Tscf telah digunakan untuk Loji Asean Bintulu Fertilizer (ABF), SESCO, Gas Cecair Asli Malaysia (MLNG), Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS) dan Loji Formaldehyde Resin.

PETRONAS, merupakan Syarikat Petroleum Malaysia, bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti petrokimia dan gas, bersama-sama dengan kontraktor-kontraktor yang mempunyai usahasama dengannya bergiat cergas dalam hal-hal mencari gali gas di dalam wilayah yang dinyatakan dan menjangkakan akan menemui banyak lagi simpanan gas di kawasan tersebut. Keseluruhan simpanan gas adalah melebihi paras yang diperlukan untuk projek-projek gas seperti yang telah dinyatakan dan yang selebihnya mungkin boleh digunakan untuk membangunkan industri-industri petrokimia. Diantara industri-industri petrokimia yang digalakkan di Bintulu adalah seperti : polypropylene, caprolactam, ammonia, compound fertilizer, methyl tertiary butyl ether (MTBE) dan lain-lain projek yang berkaitan.

Ke Atas

MINYAK MENTAH  

Sarawak mempunyai simpanan minyak kira-kira 0.8 bilion tong yang mana 0.35 bilion adalah terletak di luar pantai Bintulu. Kawasan simpanan ini yang kebanyakannya terletak dalam lingkungan kawasan pengeluaran adalah terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari pantai Bintulu.

Dalam tahun 1999, sejumlah 254 juta tong minyak mentah telah diekspot dari Bintulu yang mana 20% dari jumlah tersebut merupakan ekspot minyak mentah Sarawak. Dengan terdapatnya minyak mentah di perairan Bintulu, maka Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT) telah ditubuhkan (sekarang dikenali sebagai Sarawak Shell Bintulu Plant yang dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad (SSB) yang terletak di Tanjung Kidurong. Melalui kemudahan yang ada, memproses gas untuk dikomersialkan kepada industri-industri lain mungkin akan diwujudkan di Bintulu sebagai rancangan masa depan BCOT. Dengan adanya bekalan minyak mentah dan kemudahan prasarana pelabuhan yang sedia ada, adalah pemankin kepada penubuhan industri-industri yang berasaskan minyak di Bintulu.

Ke Atas

PEMBALAKAN TROPIKA  

Dianggarkan 12.5 juta hektar muka bumi Sarawak diseliputi oleh hutan. Daripada jumlah tersebut, 3.4 juta hektar atau 27.2% adalah di Bintulu. 

Sebelum ini, kebanyakan kayu balak diekspot dan hanya sedikit sahaja diproses di dalam negeri. Walau bagaimanapun, dengan penurunan jumlah ekspot kayu balak melalui kuota oleh kerajaan, maka jumlah pelaburan dalam industri memproses kayu telah dapat ditingkatkan di Bintulu. Dengan adanya bekalan kayu balak yang banyak dan mencukupi maka ini merupakan satu peluang yang baik bagi membina dan mewujudkan sebuah kilang yang besar dan moden bagi memproses kayu balak di Bintulu.

Ke Atas

TANAH UNTUK PERTANIAN 

Tidak kurang dari 500,000 hektar telah pun dikenalpasti untuk tujuan pertanian terutama di bahagian utara Sarawak termasuk Bahagian Bintulu yang mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pembangunan pertanian secara besar-besaran.

Dianggarkan 57,740 hektar kini telah ditanam dengan kelapa sawit, 2,000 hektar ditanam dengan rotan dan 815 hektar ditanam dengan lada. Walau bagaimanapun lebih dari 100,000 hektar tanah telah diperuntukkan untuk pertanian dan masih lagi ada peluang untuk para pelabur yang berpotensi dengan jumlah kawasan pertanian yang masih besar yang belum diterokai.

Untuk Keterangan lanjut sila lawati laman web Jabatan Pertanian

Ke Atas


ARANG BATU  

Satu lagi penggerak ekonomi yang telah ditemui di kebanyakan kawasan di Bintulu. Setiap kawasan tersebut mempunyai simpanan yang dianggarkan kira-kira 750,000 hingga 12 juta tan. Kawasan-kawasan yang paling banyak ialah di Segan, Kampung Jepak, Sungai Kalabat dan Sungai sera dengan jumlah simpanan sebanyak 20 juta tan.

Arang batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap kualiti yang tidak berubah-berubah . Ianya mudah meruap dengan hanya sedikit habuk dikeluarkan serta mengandungi kandungan sulfur yang tinggi. Kebanyakan arang batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap pembakarab yang baik dan boleh digunakan sebagai campuran sebatian untuk pembakaran bagi peleburan besi.

Simpanan arang batu yang ada di Merit-Pila, tidak berapa jauh dari Bintulu, menegandungi 375 juta tan arang batu lignite.

Ke Atas

Font Size AAA