EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 25 11 2017
Versi 8.0.2c
PENGANGKUTANPENGANGKUTAN

PENGANGKUTAN

Lapangan Terbang baru terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2200 meter yang membolehkan pesawat B747 untuk mendarat. Landasan itu akan dipanjangkan ke 2600 meter mulai tahun 2005 dan seterusnya bagi membolehkan Airbus A330 mendarat. Penerbangan terus ke destinasi tertentu seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru tersebut.

Picture

Picture

Lapangan Terbang Bintulu

Picture

Bot-bot ekpres

Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan teksi ke pusat bandar dan perkhidmatan bas membawa anda ke sekitar bandar Bintulu dan bandar-bandar utama di Sarawak. Bot-bot ekspres juga menyediakan perkhidmatannya ke destinasi-destinasi yang boleh dihubungi melalui jalan air.

Picture

Terminal Bas Bintulu

Perkhidmatan Teksi menyediakan perkhidmatan untuk jarak jauh dan setempat di Bintulu. Turut disediakan perkhidmatan tempahan teksi untuk jarak jauh dari bandar Bintulu ke bandaraya Miri dan bandar Sibu. Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon : 086-332009. 

Pelbagai perkhidmatan bas juga didapati di sekitar kaawasan bandar dan Tanjung Kidurong. Bas-bas ini berulang-alik di antara bandar Bintulu ke semua bandar utama di negeri ini seperti Sibu atau Miri, dari Bintulu ke Sarikei dan dari Bintulu ke Kuching.