Tenaga Elektrik Dan Kuasa

Syarikat SESCO Berhad merupakan badan yang bertanggungjawab untuk pembekalan elektrik di Bintulu. Pada masa ini, pembekalan tenaga eletrik di Bintulu dijanakan dengan menggunakan turbin gas yang mana ianya mempunyai kekuatan kapasiti 132 megawatt (MW) sehari.

Bagi pelanggan industri-industri yang besar, penjanaan tenaga elektrik persendirian telah dibenarkan oleh kerajaan . Sebagai contoh, loji MLNG menggunakan kuasa loji mereka sendiri untuk menghasilkan kapasiti 102 MV(turbin gas dan wap). Loji baja urea/amonia juga mendapat bekalan eletrik melalui kedua-dua turbin wap persendirian mereka dimana setiap satu menghasilkan kapasiti 8 MW.

Sistem pengagihan kuasa eletrik di Bintulu adalah melepasi 33KV atau 11 KV. Bagi pelanggan biasa, bekalan voltan adalah 230 volt bagi satu fasa bekalan atau 415 voltan bagi tiga fasa bekalan. Bagi pelanggan yang besar, bekalan voltan yang dibekalkan pada 33 KV atau 11 KV bergantung kepada keperluan. Frekuensi bekalan adalah 50 pusingan sesaat.

Stesen kuasa di Tanjung Kidurong dihubungkan dengan sub-stesen di Bandar Bintulu melalui penghantaran 33 KV.

Picture

KLAUSA FAKTOR KUASA RENDAH

Jika faktor purata kuasa dalam mana-mana bulan didapati di bawah 0.85 bebatan, bayaran tambahan sebanyak 1.5% daripada bil bulanan itu untuk setiap sebahagian 100 (0.01) di bawah 0.85 bebatan faktor kuasa akan ditambah dalam bil untuk bulan tersebut.

  Ke Atas

 

PROJEK JANAKUASA ELEKTRIK HIDRO BAKUN

Buat masa sekarang, penjanaan turbin bagi mengeluaran tenaga elektrik adalah dengan menggunakan gas asli. Sarawak mempunyai 51 kawasan berpotensi bagi penjanaan kuasa dan tenaga elektrik hidro dengan jumlah kapasiti 20,000 MW. 4 kawasan terletak di hulu Sungai Rajang yang berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 4,600 MW yang mana kapasiti ini melebihi kapasiti keseluruhan yang telah dipasang di Malaysia. Projek Janakuasa Elektrik Hidro Bakun yang dijangka siap pada tahun 2010 mampu menjana kuasa bagi tenaga elektrik sebanyak 2400 MW apabila ianya siap kelak. Ini akan mampu menambah kuasa bagi tenaga elektrik bagi negeri Sarawak. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengurus Wilayah Syarikat SESCO Berhad .

Picture

Ke Atas

BEKALAN AIR

Loji rawatan bekalan air Bintulu direka dengan kapasiti 77 juta liter sehari dan boleh ditambah sehingga 96 liter sehari. Kapasiti rawatan loji boleh dibesarkan sehingga 177 juta liter sehari menjelang 2002. Kiraan purata semasa harian di Bintulu adalah 55 juta liter sehari. Air dari loji rawatan dihantar melalui saluran keluli utama yang berdiameter 800mm ke Tanjung Kidurong, besi mulur utama yang berdiameter 600mm ke kawasan perindustrian Kemena dan Bandar
Bintulu.

Kapasiti loji rawatan telah dibesar dan ditingkatkan kepada 177 juta liter sehari. Purata harian penggunaan air di Bintulu adalah 63 juta liter. Air dari loji ini disalurkan ke Tanjung Kidurong dengan menggunakan saluran 800mm berdiameter dan 600mm saluran berdiameter ke Estet Perindustrian Kamena dan bandar Bintulu.

Penambahan dan peningkatan 177 juta liter sehari ini telah dilakukan pada tahun 2002 bagi menampung keperluan air harian. Bagi memelihara penggunaan sumber air maka satu takungan yang baru dengan kapasiti 30 juta meter kubik telah siap dibina.

Pembinaan ini dijangka mampu menampung keperluan air industri dan keperluan air penduduk. 

Untuk Keterangan Lanjut, Hubungi:  

LAKU Management Sdn. Bhd.  
Bintulu Area Office  
Lot 197, Sultan Iskandar Road,  
P.O. Box 1983  
97010 Bintulu  
Sarawak, Malaysia 

TEL: (60) 86-318111   
FAX: (60) 86-314520

Ke Atas

Font Size AAA