EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 09 2017
Versi 8.0.2c
PelanconganPelancongan

PELANCONGAN


Kawasan Tarikan Semulajadi
 

Tempat-tempat menarik yang berpotensi sebagai daya tarikan terhadap industri pelancungan di Bintulu adalah seperti pemandangan pantai-pantai yang menarik, taman negara dan pemandangan sungai-sungai tropika Borneo. Daya Tarikan ini adalah menjadi asas kepada Bintulu sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan ke arah industri ini baik kepada pelabur tempatan dan luar negara. 

 

Picture

Air terjun Baloi

KEINDAHAN PANTAI-PANTAI DAN PINGGIR LAUT 

Pesisir pantai yang menarik di Bintulu terletak di Taman Negara Similajau. Ia merangkumi teluk kecil, keindahan pantai keemasan yang tak tercemar dan tanjung batu yang menawan sama seperti terumbu karang. Teluk kecil dan pantai-pantai ini menyediakan jalan yang sesuai untuk sukan air. Tempat ini juga sesuai untuk dibangunkan bagi tempat peranginan pelancong.

Juga terdapat pesisir pantai yang menarik di Bintulu iaitu kawasan pesisir simpanan Tanjung batu. Ianya merangkumi keluasan seluas 520 ekar dataran yang mengalun dan dataran pantai yang agak bersih dan cantik. pantai ini juga popular dikalangan penduduk tempatan. Kaji selidik telah siap dibuat bagi kawasan ini dan beberapa saranan oleh konsultan telah dibuat pada masa kini. Ini termasuk membina taman burung, hotel yang bertaraf antarabnagsa dan pangsapuri ; padang golf 18 lubang; dan kemudahan rekreasi yang lain.

Untuk masa hadapan, lagun juga akan dibuat. Dengan segala kemudahan-kemudahan yang telah dibina, ianya akan menarik perhatian pelawat -pelawat antarabangsa ke Bintulu dan bukan hanya terhad kepada penduduk tempatan.

PANTAI TANJUNG BATU - TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERKELAH 

Untuk menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung ke Pantai Tanjung Btau di sinilah temptanya, anda boleh membawa keluarga untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan untuk anda bertukar pakaian. Jemu memasak di rumah anda boleh membuat barbecue di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Berdekatan ialah gerai-gerai minuman dan makanan. Anda boleh menjamu dengan menikmati sate dan rojak, ais kerim dan air kelapa untuk menghilangkan dahaga selepas anda bersiar-siar dia pantai pada waktu petang.

TAMAN NEGARA  

Dua daripada 7 taman di Sarawak yang telah diwartakan dijumpai di Bintulu. Mereka adalah Taman Negara Similajau dan Taman Negara Niah.

 

TAMAN NEGARA SIMILAJAU  

Lokasi taman tersebut kira-kira 20 km dari timur-laut bandar Bintulumenggunakan jalan darat. Taman Negara Similajau merangkumi consists of a narrow rocky shoreline dominated by many small inlets (crystal clear fresh water streams, many cascading down from small waterfalls right onto the beach sand) and unspoilt golden sandy beaches. The interior part of the park is made up of a thick Borneon virgin jungle where great varieties of flora and fauna can be found shich provided visitors with optional recreational opportunities such as jungle trekking and exotic experience watching colourful flora and fauna.

Dengan keluasan 7,000 hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti burung dan 24 jenis spesis mamalia. Bagi pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat penginapan seperti chalet dan asrama disediakan di sini. Untuk urusan tersebut, anda boleh menghubungi bahagian informasi Jabatan Hutan yang ada di sana.

Picture

Pantai Keemasan-Similajau

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:  

Jabatan Hutan
(National Park/Wildlife)
Bahagian Bintulu

97008 Bintulu 
Tel: (60)86-336101  Fax : (60)86-331923

http://www.forestry.sarawak.gov.my/

 

 

PEMANDANGAN, SUNGAI TROPIKA BORNEO  

Kedudukan Bintulu sebagai sebuah kawasan destinasi pelancongan semakin kukuh dengan wujudnya Sungai Kemena. A tropical river of Borneo, the Kemena River is endowed with scenic views including luxuriant tropical vegetation; tiny farm huts and longhouses scatters along the river sides and riverine traffic sliding through the yellowish, silty tropical water. The fascinating features of the Kemena River offer visitors excursions or river safaris during which they can stop over at nay of the longhouses to watch native communal living under one roof. 

The proximity of the main river system in Sarawak, the Rajang to the kemena River system, makes a journey to the heart of Borneo an adventure option for visitors.

 

TAMAN NEGARA NIAH 

Taman Negara Niah terletak kira-kira 120 Km ke Utara Bintulu. Setengah-setengah kawasan gua tersebut dipenuhi dengan batu kapur yang cantik dan tersusun indah. Gua Niah juga mempunyai bermacam jenis flora dan fauna termasuklah beribu-ribu burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Najis kelawar yang ada di gua tersebut merupakan sumber baja asli yang dikenali sebagai Guano.  

Di sebelah barat mulut gua tersebut merupakan kawasan arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. Ini adalah kerana di situlah terdapatnya penemuan yang besar peninggalan manusia zaman batu lama dan manusia zaman batu baru. Penemuan tengkorak di situ merupakan tanda-tanda terdapatnya Homo sapiens di Asia Tenggara yang menyokong lagi penemuan arkeologi yang amat penting.  

Melihat bagaimana sarang burung diambil adalah suatu pemandangan yang menakjubkan kerana sarang burung ini terletak di bumbung gua. Untuk mengambil sarang burung tersebut, pendaki perlu mendaki tiang-tiang yang tegak setinggi 60 meter. Dari situ, pendaki menggunakan galah buluh yang panjang yang mana pada hujung galah tersebut ada penguis untuk mengambil sarang burung.  

Perjalanan ke Gua Niah dari perhentian adalah sejauh 40 meter berjalan kaki  di sepanjang jambatan kayu sepanjang 3 Km ke dalam hutan tropika Borneo yang tebal. Sepanjang perjalanan tersebut dapat memberikan pengalaman yang indah kepada pelawat-pelawat dengan menyaksikan berbagai jenis flora dan fauna di dalam hutan belantara yang belum terusik tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi laman web ini, http://www.stb.sarawak.gov.my/

keatas

TAMAN TUMBINA

Picture

Depan pintu masuk ke Tumbina
Laman Web Tumbina, http://www.tumbina.com.my

BINTULU WATERFRONT PROMENADE
Picture

Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pelancongan selari dengan pesatnya pembangunan industri, Lembaga Kemajuan Bintulu telah mengambil langkah berani untuk menubuhkan kemudahan rekreasi baru yang dikenali sebagai Bintulu Promenade.

Ada keunikan yang tersendiri, Bintulu Promenade membentangkan panorama yang indah dan tenang. Dengan penumpuan kepada Sungai Kemena dan Laut China Selatan sebagai titik tumpuan, Bintulu Promenade merupakan tempat yang paling strategik di bandar Bintulu bagi menyaksikan matahari terbenam. Bagi jurugambar, ia juga merupakan  tempat yang paling baik untuk merekod saat hari yang indah.

Dari Bintulu Promenade, seseorang boleh menyaksikan beberapa aktiviti-aktiviti ekonomi di bandar ini. Pemandangan biasa seperti kapal nelayan yang datang dan pergi ke laut begitu juga  sekali-sekala melintas tongkang yang penuh sarat dengan kayu.

3 fokus tinjauan dipaparkan, menawarkan pelawat ke Bintulu Promenade untuk melihat bagaimana pembangunan yang telah dibawa melalui aktiviti-aktiviti minyak dan gas di Bintulu, serta pertumbuhan dalam industri minyak sawit. Kapal besar boleh dilihat berlabuh, menambahkan semula stok mereka serta mengangkut bahan mentah dari Bintulu untuk memenuhi keperluan dunia luar. Ia benar-benar satu babak yang indah dan unik yang dapat dilihat dan dapat dinikmati hanya dari Bintulu Promenande.

Dengan kos mencecah RM17 juta, konsep moden dalam reka bentuk landskap diperbadankan. Unsur-unsur alam dan persekitaran yang dicampur dengan baik untuk mencipta reka bentuk yang indah dan besar.

Pemandangan indah yang harmoni dari pertemuan sungai Kemena dan Laut China Selatan, sepanjang tiga kilometer yang menawarkan kesegaran dan kelegaan nafas kepada pengunjung.  Jambatan dan pemandangan direka dengan gabungan kreatif konkrit dan kayu yang mengundang rasa keberatan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Dilengkapi dengan pusat keselamatan, tandas, lampu reka bentuk unik dan plot tumbuhan pelbagai spesies, Bintulu Promenade juga merupakan tempat yang hebat untuk berehat dan menikmati masa santai selepas sehari tekanan.
 Picture

Picture