EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 25 04 2017
Versi 8.0.1
SejarahSejarah


Picture

Gambar lama bandar Bintulu

Mengimbas kembali 40,000 tahun yang lampau dengan penemuan peninggalan sejarah di Gua Niah, kira-kira 120 km ke utara Bintulu, di mana tamadun bermula. Penemuan barangan purba negara China menunjukkan tanda permulaan aktiviti perdagangan di situ.

Bintulu pernah diperintah di bawah Kesultanan Brunei. Walaubagaimanapun, pada tahun 1841, Sarawak diserahkan kepada Sir James brooke, penjelajah Inggeris yang merupakan Raja pertama Sarawak. Pada tahun 1891, Bintulu, yang merupakan sebahagian dari kerajaan brunei, telah diserahkan kepada Raja and menjadi sebahagian daripada Sarawak.


Lokasi berdekatan dengan Brunei, Bintulu memainkan peranan yang penting dalam sejarah demokrasi di Sarawak. Pada 8 hb. September, 1867, Bintulu menjadi tempat perjumpaan yang pertama bagi Perhimpunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun sebelum Jepun mengambil alih di antara tahun 1941 ke 1945. Apabila raja Charles vyner Brooke, kembali ke Sarawak pada tahun 1946, beliau telah menyerahkan kuasa pemerintahan Sarawak kepada Britain. Kemudian pada tahun 1946, Sarawak menjadi koloni pihak British.

Pemerintahan koloni berakhir pada 22 Julai 1963, dan Sarawak telah menyertai Persekutuan pada 16 September, 1963.

Berikutan penemuan simpanan gas asli di persisiran pantai Bintulu pada tahun 1969, kajian telah dibuat pada tahun 1975 mendapati tanjung kidurong adalah tempat yang sesuai bagi pelabuhan laut dalam yang pertama di Sarawak.

Menyedari potensi perindustrian di Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu(LKB), ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1978 untuk menjalankan pembangunan infrastruktur, juga sebagai penyelaras dan penggalak kepada pelaburan kawasan perindustrian.

Dari tahun 1979 dan seterusnya, Bintulu telah mengalami pembangunan industri yang luarbiasa dan akan berterusan menjelang tahun 2000. Terkini, Bintulu telah pun menjadi pusat pertumbuhan industri di Sarawak.