PENDIDIKAN

Picture

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Putra Malaysia (UPM), dahulunya di kenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, memulakan operasinya di Sarawak dengan terletaknya kampus di Semenggok, Kuching. Kampus itu kemudiannya dipindahkan ke Bintulu dalam tahun 1987 di atas tapak seluas 800 hektar sepanjang Jalan Nyabau. Kawasan yang luas ini menyediakan tempat yang selesa bagi universiti ini untuk membolehkan kemudahan-kemudahan pendidikan dan penyelidikan bagi pelajar-pelajarnya.

Kampus di Bintulu mempunyai 60 bangunan meliputi asrama-asrama kampus,bangunan pentadbiran, dewan makan, makmal, perpustakaan dan bangunan pensyarah. Tanggungan penuh universiti dapat menampung di antara 4,000 ke 5,000 pelajar dalam satu masa. Kemasukan tahunan dalam bulan November and Mei pada tiap-tiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

http://www.btu.upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia
Kampus Bintulu,
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu
Tel: (60)86 - 855200


SEKOLAH TEKNIK

Sekolah Teknik di Bintulu adalah di bawah Jabatan Pendidikan, mempunyai keluasan tapak seluas 20 hektar, kira-kira 15 km dari bandar Bintulu dan berhampiran dengan projek-projek industri di Tanjung Kidurong. 

Sekolah ini siap dibina dalam tahun 1982 dengan kos pembinaan sebanyak RM15 juta, sekarang jumlah pelajarnya seramai 527 orang yang mengambil pelbagai kursus di situ. Sekolah ini dapat menampung jumlah maksimum 900 orang pelajar dan kemasukan baru sebanyak 280 orang setiap tahun.

Pelbagai kursus yang ditawarkan seperti di bawah:-

  • Automotive
  • Building Construction 
  • Commerce 
  • Electrical Installation & Maintenance 
  • Fashion & Design 
  • Stenography 
  • Welding & Electronic
  • Mechanical 
  • Catering 
  • Civil Engineering 
  • Electrical and Electronic Engineering 
  • Motor Vehicle Mechanical 
  • Domestic Industrial Electrician  

Sekolah teknik mempunyai lima objektif utamanya iaitu:-

  • melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berkemahiran bagi memenuhi permintaan tenaga kerja masa kini
  • menyediakan program khursus yang sistematik dan efektif
  • menambahkan prospek pekerjaan kepada lepasan sekolah dan remaja yang menganggur dengan menyediakan kursus vokasional secara asas dalam bidang kemahiran perindustrian
  • untuk memperbaiki keputusan pelajar -pelajar menjelang tahun 2020
  • untuk memperbaiki pencapaian ko-korikulum dan sukan menjelang tahun 2020

ke atas


SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Sejajar dengan status bandar industri yang cepat membangun, Bintulu juga memberi keutamaan dalam kemudahan pendidikan sekolah rendah dan menengah di dalam lingkungan kawasan persempadanan BDA .

Pada masa kini, lebih dari lapan(8) sekolah menengah dan lebih dari 50 sekolah rendah dalam bahagian Bintulu.

Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari tingkatan satu sampai tingkatan enam. Ianya merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.

Penduduk Bintulu tidak mempunyai masalah untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah kerana kemudahan-kemudahan yang cukup disediakan memenuhi keperluan mereka termasuk pendidikan keagamaan. Untuk memenuhi permintaan masa depan, perancangan dibuat untuk membina lebih banyak sekolah rendah dan menengah di Bintulu.

Perancangan juga melibatkan pembinaan sekolah antarabangsa di Bintulu. Oleh kerana permintaan untuk sekolah tersebut agak kurang maka rancangan tersebut ditangguhkan. Walaubagaimanapun, bagi anak-anak pekerja asing, mereka memasuki kelas-kelas bahasa Inggeris dan Belanda yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja Malaysia LNG Sdn. Bhd. 

ke atas

Font Size AAA