Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Last Update: 28 03 2017
Version 8.0.1
Message from General ManagerMessage from General Manager

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan. Alhammdulilah, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya , BDA telah mampu menjangkau usia lebih dari  38 tahun.

Sejajar dengan teknologi ICT yang membangun ini, BDA tidak ketinggalan juga menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada kepada perkhidmatan atas talian (online) bagi memudahkan pengguna khasnya penduduk Bintulu untuk menyuarakan pendapat serta aduan dan berhubung dengan pihak BDA.

Ucapan ribuan  tahniah kepada seluruh warga BDA kerana telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam memastikan bandar Bintulu bersih dan terurus. Sungguhpun  semua warga kerja mempunyai latar belakang yang berlainan, tetapi semangat kerjasama , kerja berpasukan serta persefahaman budaya yang tinggi telah ditunjukkan dan hasilnya dapat kita lihat menerusi kadar pembangunan bandar Bintulu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga kerja BDA! Harapan saya sifat murni yang telah diterapkan sekian lama akan dipertingkatkan dan dipertahankan agar pembangunan dan pentadbiran Bintulu akan terus terbilang dan cemerlang.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berikrar untuk membangunkan Bintulu menjadi sebuah Bandaraya Perindustrian Yang Mesra Menjelang 2020.

Sekian. Wassalam.

Pn. Rodziah Binti Hi. Morshidi