Sesi pembelajaran Pelaporan Perolehan Hijau & Kos Kitaran Hayat bersama pihak Uitm

Posted on 15 Jan 2025
Source of News: BDA
(Only available in Malay version)


Sesi pembelajaran Pelaporan Perolehan Hijau & Kos Kitaran Hayat mengikut Kumpulan Produk Lembaga Kemajuan Bintulu telah diadakan pada 13 Januari 2025 (Isnin) daripada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik mesyuarat 316, Aras 3, Wisma Bintulu. Sesi ini adalah bersama-sama dengan Sr. Dr. Ahmad Faiz Abd Rashid dan Sr. Puan Zafikha Aida Bidin daripada UITM Cawangan Samarahan.

Tujuan sesi ini menandakan satu lagi langkah ke depan dalam usaha BDA untuk melaksanakan perolehan hijau di bawah Pelan Strategik 2024 – 2030 iaitu Ke Arah Hub Industri Karbon Rendah Sarawak melalui “Strategic Focus 6 : Financial Resilience”. Seramai 19 kakitangan BDA yang terlibat secara langsung dengan Perolehan Hijau telah dijemput untuk sama-sama mempelajari cara-cara pengiraan kos kitaran hayat dan pelepasan karbon bagi kumpulan produk hijau terpilih.
 
Terima kasih di atas perkongsian ilmu kepada Sr. Dr. Ahmad Faiz Abd Rashid dan Sr. Puan Zafikha Aida Bidin. Kerjasama yang diberikan jelas menunjukkan komitmen anda yang sangat padu dalam membantu pihak BDA untuk sama-sama merealisasikan pelaksanaan Perolehan Hijau.